Friday, December 28, 2007

Sekitar Pengumuman PMR 2007


Harian Metro Arkib Seminggu 29-12-2007

3,073 peroleh 9A



PUTRAJAYA: Seramai 3,073 daripada 28,838 calon yang menduduki sembilan mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, memperoleh 9A.

Calon yang memperoleh 8A bagi semua lapan mata pelajaran yang diduduki pula ialah 16,547 daripada 347,327 calon, manakala calon yang memperoleh 7A bagi semua tujuh mata pelajaran yang diambil pula ialah 4,962 daripada 62,041 calon.

Jumlah itu menjadikan 24,582 calon dari sekolah kerajaan memperolehi A dalam semua mata pelajaran yang diambil daripada 438,206 calon yang menduduki PMR tahun ini.

Selain itu, 3,086 daripada 31,195 calon dari sekolah bukan kerajaan pula memperoleh semua A dalam peperiksaan itu dan bilangan itu menjadikan 27,668 daripada 469,401 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.



Daripada 31,195 calon itu, 17,763 calon adalah pelajar dari sekolah kerajaan negeri dan sekolah yang ditaja badan persendirian, 13,077 pula dari sekolah persendirian, manakala bakinya adalah calon persendirian

Utusan 29.12-2007

Sistem mentor-menti bantu keputusan baik


NURIZZATI Zainal Nazeri (kiri) bangga menunjukkan keputusan 8A kepada ibunya, Suliza Salam selepas pengumuman keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di Kolej Yayasan Saad, Melaka, kelmarin.

MELAKA 28 Dis. – Seorang pelajar, Nurizzati Datuk Zainal Nazeri dari Kolej Yayasan Saad (KYS), berkata, pelaksanaan sistem mentor- menti di kalangan rakan- rakan sebaya ternyata banyak membantunya mencapai keputusan yang baik dalam PMR.

Anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam itu berkata, melalui sistem tersebut setiap pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran tertentu akan menjadi mentor kepada rakannya yang lain.

‘‘Jadi antara kami saling bersaing antara satu sama lain. Kami juga berusaha untuk membuktikan bahawa kamilah mentor terbaik.

‘‘Ternyata sistem ini banyak membantu kami untuk berjaya selain tumpuan di dalam kelas,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi pakar ekonomi atau ahli perniagaan.

Bagi rakannya, Muhammad Syamil Asyran Suhaimi, 15, kesempatan tinggal di asrama dengan jadual tersusun memudahkannya mendapat keputusan yang baik.

Katanya, sistem mentor-menti yang dijalankan di kolej itu juga sangat membantunya untuk mencapai keputusan cemerlang.

‘‘Dengan cara ini, antara kami akan saling membantu mereka yang lemah dalam mata pelajaran yang akhirnya kami semua memperoleh kecemerlangan, tiada yang gagal,” katanya.

Bagi Jessica Leong, 14, pula kedudukannya sebagai anak sulung daripada dua beradik mendorongnya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


Kokurikulum tidak jejas pelajaran

SETIU 28 Dis. – Penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum bukan penghalang bagi Anis Nasyitah Mohd. Noor untuk muncul sebagai pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 peringkat negeri Terengganu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong yang sangat aktif dalam beberapa kelab di sekolahnya termasuk memegang jawatan sebagai Pengerusi Kelab Matematik, Kelab Bahasa Inggeris dan Puteri Islam, memperoleh 8A dalam peperiksaan itu.

Ketika ditemui, anak keempat daripada lima adik beradik itu berkata, penyertaan dalam persatuan tidak menjadi penghalang dia mencapai kejayaan akademik.

‘‘Ini kerana saya membahagikan masa untuk kegiatan kokurikulum pada waktu siang dan pada waktu malam untuk mengulang kaji pelajaran.

‘‘Saya juga bermain badminton bersama rakan pada waktu petang kerana aktiviti ini membolehkan saya sentiasa sihat serta cergas pada setiap masa,” katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini, semalam.

Anis Nasyitah yang berasal dari Bukit Payong, Kuala Terengganu berkata, dia juga sentiasa memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran terutama semasa berada di kelas.

Katanya, masa yang paling sesuai untuk mengulang kaji pelajaran ialah antara pukul 4 pagi hingga 6 pagi kerana ketika itu suasana sunyi tanpa sebarang gangguan.

‘‘Saya tidak kisah walaupun ketika itu biasanya orang sedang tidur nyenyak tetapi saya bangun dari tidur untuk belajar dan selepas itu saya solat subuh,” kata bekas murid Sekolah Kebangsaan Tok Dir, Kuala Terengganu itu.


SMK Binjai catat kelulusan besar 8A

KEMAMAN 28 Dis. – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai yang baru berusia tiga tahun dan hanya sebuah sekolah harian biasa di pedalaman daerah ini, mencatat peningkatan tinggi bilangan pelajar mendapat 8A pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini berbanding tahun lalu.

Pengetuanya, Md. Idris Che Man berkata, kunci utama kejayaan ialah pelajar sekolah amat berdisiplin dan tiada kes salah laku berat menyebabkan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Katanya, sebelum ini tidak banyak pihak memberi harapan kepada sekolah kerana rata-rata pelajarnya anak petani, penoreh getah, peniaga pasar malam, dan buruh kasar.

‘‘Pada tahun lalu, sekolah berkenaan yang dibuka pada 2005 hanya dapat menghasilkan seorang pelajar 8A namun tahun ini bertambah 16 kali ganda apabila 17 pelajar mendapat 8A,’’ katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, selain 17 pelajar memperoleh 8A, sebanyak 17 pelajar lagi mendapat 7A dan 16 pelajar mendapat 6A, manakala kadar lulus semua mata pelajaran (LSMP) meningkat daripada 55 peratus kepada 75.11 peratus.

Jelasnya, sebanyak 175 daripada 233 calon PMR 2007 lulus semua mata pelajaran dan angka itu terbaik di kalangan sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Air Putih.

Katanya, kejayaan itu turut disebabkan kegigihan pelajar dan guru selain kerjasama Asrama Yayasan Terengganu cawangan Kemaman serta sokongan kuat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Penyelaras Projek PMR sekolah itu, Abdullah Othman pula berkata, kerelaan ibu bapa membenarkan anak mereka didenda jika ponteng sekolah dan bersikap biadap menyebabkan pelajar gerun melawan guru.


Amalan bawa bekal air dorong kejayaan sekolah

KUANTAN 28 Dis. – Amalan mewajibkan semua pelajar membawa bekalan air minuman yang dimasak setiap kali mengikuti pembelajaran di dalam kelas ternyata memberi kesan positif bagi Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, dekat sini.

Hasilnya, sekolah tersebut menjadi sekolah terbaik bagi daerah Kuantan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) buat kali ketiga berturut-turut.

Pengetua sekolah itu, Abas Abdul Rahman berkata, pihaknya yakin amalan tersebut merupakan faktor terbesar dalam menyumbang kejayaan akademik sekolah terbabit.

‘‘Ia merupakan formula terbaik bagi pelajar mengelakkan rasa mengantuk ketika berada di dalam kelas.

‘‘Saya selalu berpesan kepada para pelajar saya, setiap kali rasa mengantuk, minum air masak dan ia sekaligus akan meningkatkan tumpuan ketika berada di dalam kelas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abas memberitahu, selain amalan tersebut, pihaknya sering menitikberatkan aspek keselesaan pelajar ketika berada di dalam kawasan sekolah.

‘‘Saya yakin, kejayaan cemerlang pelajar di sekolah bermula dari kemudahan infrastruktur yang cukup dan selesa.

‘‘Sebab itu, saya selalu memastikan kelas sentiasa berada dalam suasana ceria dan keadaan asrama selesa, seolah-olah seperti kita berada di dalam hotel,” katanya yang juga percaya suasana sekolah yang harmoni dapat memantapkan lagi pembinaan sahsiah dan rohani dalam diri pelajar.

Beliau yang akan bersara sebagai seorang pengetua sekolah tidak lama lagi turut mengakui kerjasama ibu bapa penting dalam memastikan kejayaan anak.

‘‘Walau apa pun, ibu bapa perlulah sentiasa menyokong para guru agar terus bersemangat dan tidak berputus asa untuk terus menjadi pendidik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih dengan kerjasama persatuan bekas pelajar sekolah berkenaan yang membelanjakan RM20,000 untuk mengadakan satu program motivasi di Genting Highlands baru-baru ini.

‘‘Selain itu, para pelajar sekolah yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan turut dibawa ke Langkawi sebagai bonus kejayaan mereka.

‘‘Amalan ini menjadi tradisi kami dan pihak sekolah bersyukur kerana pihak ibu bapa dan persatuan bekas pelajar sentiasa berdiri teguh bagi menyokong kejayaan lebih cemerlang sekolah di masa depan,” katanya.


Pendidikan

Belajar perkara menyeronokkan

MELAKA 28 Dis. – Meletakkan proses pembelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan menjadi resipi kejayaan Harnani Syaza Hamdan, 15, memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah itu berkata, proses pembelajaran dan mengulang kaji tidak seharusnya dijadikan sebagai tekanan dalam kehidupan.

‘‘Belajar adalah satu daripada tanggungjawab kita dan ia tidak perlu dilihat sebagai satu tekanan. Jika tidak ia akan mengganggu pemikiran kita menjadikan belajar suatu yang membosankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan PMR 2007 dan pelajar cemerlang peperiksaan itu oleh Pengarah Pelajaran Melaka, Isa Abu di sini semalam.

Seramai 873 daripada 13,807 calon sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran mencatatkan gred A dalam semua mata pelajaran di negeri ini, meningkat sebanyak 0.99 peratus.

Harnani adalah antara 20 pelajar terbaik Melaka yang mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil pada peperiksaan PMR yang dijalankan pada 1 hingga 5 Oktober lalu.

Anak seorang pesara tentera itu berkata, tumpuan di dalam kelas juga menjadi kunci kejayaannya mencatatkan kejayaan semua A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang yang ditemui, Lim Jian Xiong, 15, dari SMK Datuk Dol Said, Alor Gajah berkata, pembabitannya dalam program yang dianjurkan pihak sekolah banyak menyumbang kepada kejayaannya.

Harian Metro 28.9.2007

Berkat surah Yasin

Oleh Mohamad Hussin dan Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: "Setiap kali saya menghadapi tekanan ketika mengulang kaji pelajaran, saya akan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan surah Luqman bagi menerangkan hati dan fikiran.

"Alhamdulillah, berkat kesabaran, kerja keras dan doa ibu bapa serta guru yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar membuahkan hasil," kata Azri Azmi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama, di sini, yang mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Beliau berkata, dia menumpukan perhatian sepenuhnya setiap kali guru mengajar di dalam kelas dan sekiranya ada subjek yang tidak faham, dia akan bertanya terus bagi memudahkannya mengulang kaji pelajaran sewaktu berada di rumah.

"Saya turut mengamalkan makanan berkhasiat seperti kurma, kismis serta meminum air zam-zam pada kadar yang sederhana supaya dapat menerangkan hati dan memudahkan saya mengingati semula subjek.



"Selain itu, saya juga aktif berpesatuan seperti menyertai pengakap dan menceburi aktiviti sukan supaya otak dan badan sentiasa berfungsi dengan baik," katanya yang ditemui di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, semalam.

Cemerlang penebus malu



KUALA LUMPUR: Malu akibat memperoleh keputusan paling teruk bagi subjek Bahasa Malaysia yang juga bahasa ibundanya menjadikan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 (SMKS 5), Wangsa Maju, Siti Sarah Abdul Sattar, 15, nekad belajar habis-habisan untuk menebus kekecewaan.

Perjuangannya itu akhirnya berjaya apabila dia memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan semua A bagi lapan mata pelajaran yang diambil sekali gus dinobatkan pelajar terbaik peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Siti Sarah berkata dia sama sekali tidak menyangka usaha berterusannya lebih-lebih lagi untuk tempoh tiga bulan terakhir sebelum peperiksaanmembuahkan hasil.

Katanya, lebih menggembirakan apabila kejayaannya itu turut melakar sejarah tersendiri apabila dia satu-satunya penuntut SMKS 5 yang diiktiraf pelajar terbaik PMR peringkat negeri meskipun sekolahnya itu sudah mula beroperasi 14 tahun lalu.



"Kejayaan ini sangat bermakna buat saya kerana sebelum ini banyak subjek yang saya lemah terutama Bahasa Malaysia yang saya pernah mendapat D ketika peperiksaan tahunan

Guna kaki dapat 8A

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

IPOH: "Ketika peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), guru pengawas ada bertanya sama ada saya memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya, tetapi saya menjawab tidak perlu. Guna masa biasa saja," kata Nor Umairah Ahmad Jamhari.

Nor Umairah, 15, yang menulis menggunakan kaki serta menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.

Sebelum ini dia pernah membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan itu adalah seorang daripada lima calon PMR orang kurang upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan A dalam semua mata pelajaran.



Ketika belajar, dia menggunakan meja khas yang dipotong kakinya supaya berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki.

Saya tak gentar'

Oleh Mohamad Hussin dan Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: "Saya tidak gentar bersaing dengan orang normal lain bagi merebut jawatan di bidang profesional dan keputusan cemerlang ini adalah bukti orang kurang upaya (OKU) seperti saya juga boleh berjaya," kata pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Norhayu Sapri, 15.

Dia adalah seorang daripada 21 pelajar tingkatan tiga yang diiktiraf terbaik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sekali gus calon OKU pertama menerima gelaran itu selepas memperoleh keputusan 5A 3B dalam dalam PMR yang diumumkan semalam.

Norhayu berkata selaku kanak-kanak istimewa, dia cukup bangga dan gembira menerima pengiktirafan itu serta berharap dapat terus mengekalkan prestasi terbaiknya demi mencapai cita-cita bergelar pensyarah.

"Saya sedar dengan penglihatan yang terhad ini saya tidak dapat bergerak aktif, namun itu tidak bermakna saya tidak mampu melakukan terbaik dalam pengajian, malah ketika ini saya cukup bersedia untuk berdepan cabaran," katanya ketika ditemui di Jabatan Pelajaran di sini, semalam.



Sementara itu, bapa Norhayu, Sapri Tahir, 42, berkata kepintaran anak sulungnya itu menonjol sejak kecil lagi apabila dia lebih gemar bersendirian dan banyak membaca buku meskipun terpaksa meneliti perkataan satu persatu secara dekat


Tak sangka peroleh 8A



CYBERJAYA: "Tulisan saya buruk. Saya takut subjek Bahasa Malaysia tak dapat A sebab pemeriksa kertas soalan tak boleh baca tulisan saya," kata pelajar Sekolah Seri Puteri, Najwa Mohammad Ashim, 15, yang tidak menyangka mampu memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun ini.

Najwa yang bercita-cita menjadi doktor gigi, berkata berikutan masalah itu, dia hanya berharap memperoleh 7A 1B dalam peperiksaan itu.

"Memang saya berdebar-debar semasa melihat slip peperiksaan.

"Saya terkejut apabila mendapat A bagi subjek Bahasa Malaysia dan lebih gembira apabila tujuh lagi subjek, saya turut memperoleh A," katanya ketika ditemui di sekolah itu, semalam.



Najwa yang tinggal di Tampin, Negeri Sembilan, berkata dia mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bagi membantunya lebih menguasai sesuatu subjek.

Berkat ulang kaji bersama

Oleh Mohd Roji Abdullah

BATU PAHAT: "Ahmad Fauzi sanggup menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh tiga tahun lalu hanya kerana tidak mahu berjauhan dengan kembarnya, Ahmad Fauzan. Ternyata keputusannya tidak sia-sia kerana mereka berdua mencapai keputusan cemerlang pada Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Jika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dulu, hanya Ahmad Fauzi mendapat 5A manakala kembarnya hanya mendapat 3A dan 2B, sekarang kedua-duanya mendapat 8A," kata Mohamadiah Abdul Rahman, bapa pasangan kembar itu ketika ditemui di Sekolah Tinggi Batu Pahat, semalam.

Mohamadiah yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sri Tengah di sini, berkata dia terharu dengan kejayaan dicapai pasangan kembar berkenaan yang jarang berpisah dan tidak pernah mengulang kaji pelajaran berasingan.

"Mereka sentiasa belajar bersama, itulah antara sebab seorang daripada mereka menolak tawaran belajar di sekolah berasrama penuh sebelum ini. Mereka selalu berkata, akan mencapai kejayaan bersama dan hari ini terbukti usaha bersama itu membuahkan hasil," katanya.



Katanya, pasangan kembar berkenaan berhasrat mengikut jejak abang mereka yang kini belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Berguru dengan adik kembar



KEPALA BATAS: "Saya tidak kisah walaupun berguru dengan adik sebab dia lebih pandai," kata Khadijah Ismail, 15, yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan, semalam.

Kembar seirasnya, Siti Aishah Ismail, 15, memperoleh 9A. Mereka antara 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam PMR daripada 151 pelajar menduduki peperiksaan itu tahun ini.

Khadijah berkata, dia dan kembarnya tinggal di asrama dan sering mengulang kaji bersama terutama ketika bangun jam 5 pagi.

"Belajar bersama lebih mudah sebab kami boleh bertukar pendapat dan dia menjadi 'guru' jika saya kurang faham. Kami memang mensasarkan 9A, tetapi adik lebih cemerlang," katanya yang mahu bergelar usahawan satu hari nanti.



Khadijah memperoleh A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Islam kecuali Bahasa Arab (B).

Umairah istimewa

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

IPOH: "Ketika peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), guru pengawas ada bertanya sama ada saya memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya, tetapi saya menjawab tidak perlu. Guna masa biasa saja," kata Nor Umairah Ahmad Jamhari.

Nor Umairah, 15, yang menulis menggunakan kaki serta menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.

Sebelum ini dia pernah membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan itu adalah seorang daripada lima calon PMR orang kurang upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan A dalam semua mata pelajaran.



Ketika belajar, dia menggunakan meja khas yang dipotong kakinya supaya berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki





Friday, November 16, 2007

Sekitar Pengumuman UPSR 2007 Akhbar Malaysia

Harian Metro

Kesusahan ibu bakar semangat

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

KUALA TERENGGANU: Kesusahan hidup selepas perceraian ibu bapa tidak menghalang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah (SKTB), Pasir Panjang di sini, mencatat keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.

Bibi Nurul Alia Mustafa Kamal, 12, dari Kampung Pasir Panjang, berkata kemiskinan keluarga tidak pernah menghalangnya belajar hingga memperoleh 5A.

Malah, kesusahan ibu, seorang tukang sapu di sebuah jabatan kerajaan yang bertungkus-lumus menyara mereka tiga beradik menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.

Katanya, ibu dan bapa berpisah sejak dia berusia enam tahun, malah dia sekeluarga kini menumpang sementara di rumah saudara selepas rumah mereka terbakar.



"Saya ke sekolah hanya berjalan dan kadangkala tidak membawa wang saku. Namun, semua itu dugaan dan cabaran untuk saya belajar.


Kembar kongsi kejayaan

Oleh Riadz Radzi

ALOR STAR: Kegigihan mengulang kaji pelajaran bersama-sama membuahkan hasil buat pasangan kembar, Nur Hisabiyah dan Nur Hidayah Aminnuddin, 12, apabila memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.

"Kami juga membantu antara satu sama lain. Jika Hisabiyah lemah dalam sesuatu bahagian, saya akan membantunya dan begitu juga sebaliknya," kata Nur Hidayah yang juga adik kepada Nur Hisabiyah.

Anak kedua dan ketiga pasangan Aminnuddin Ahmad, 45, seorang peniaga dan Zahini Abd Aziz, 39, yang juga kakitangan kerajaan itu mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (pemahaman), Bahasa Melayu (penulisan), Matematik, Sains dan Penilaian Kerja Amali (Peka).

Dalam ujian percubaan lalu, Hidayah hanya memperoleh 2A manakala Hisabiyah mendapat 5A.



"Saya berusaha dengan lebih kuat dan akhirnya berjaya mendapat keputusan cemerlang bersama-sama Hisabiyah," kata Hidayah yang bercita-cita menjadi doktor.

Pasangan kembar itu adalah antara 38 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Convent di sini, yang mendapat 5A daripada 139 calon. Selain itu 22 daripadanya memperoleh keputusan 4A 1B.


Aminnuddin berkata, selain menghantar kedua-duanya ke kelas tambahan, beliau turut membuat jadual untuk mereka.

"Saya menyusun jadual bila waktu mereka perlu mengulang kaji pelajaran, makan dan bermain dengan kawan-kawan. Nampaknya usaha itu berjaya dan mereka mematuhinya dengan baik," katanya ketika ditemui semalam.

Beliau yang bercadang menghantar kedua-duanya ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), berkata Hidayah dan Hisabiyah memang tidak boleh berpisah.

Menurutnya, selain belajar dalam kelas sama, kedua-duanya akan bersama ke mana saja.

"Mereka tidak boleh berpisah lebih dari tiga hari, jika tidak seorang daripadanya akan demam," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar kerdil dari sekolah sama, Fakrah Nubailah Zulkifli, 12, turut mendapat keputusan cemerlang iaitu 4A dan 1B.

Beliau yang ditemani bapanya, Zulkifli Razali, 50, bersyukur dengan keputusan itu dan berjanji akan belajar dengan lebih tekun apabila memasuki sekolah menengah nanti.

"Walaupun fizikal saya berbeza seperti pelajar lain, tetapi saya membuktikan kekurangan ini bukan penghalang untuk lebih cemerlang dalam pelajaran," katanya yang memiliki ketinggian kira-kira satu meter.


Berita Harian

Rahsia kecemerlangan Nik Natalia, Amirah



RIANG: Amirah Rasyiqah (kiri) dan Nik Natalia (dua dari kanan) serta rakan sekelas gembira kerana mendapat 5A.

MEMBUAT ulang kaji secara konsisten dan memfokuskan pengajaran guru antara faktor kejayaan dua murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 (SKBTHO2), Cheras, Nik Natalia Nik Ismail dan Amirah Rasyiqah Abdul Rahim meraih 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.

Nik Natalia ketika ditemui di sekolahnya semalam berkata, tumpuan dalam bilik darjah penting dalam meningkatkan pemahaman sekali gus cemerlang peperiksaan.

"Saya juga mengamalkan teknik belajar yang sistematik, selain berbincang dan sering melakukan ulang kaji bersama kawan.


"Penyertaan dalam Klinik UPSR Didik juga banyak membantu kerana ia dapat meningkatkan kemahiran belajar dan teknik menjawab soalan. Selain itu, bahan disiarkan akhbar Didik juga bermanfaat sebagai bahan pembelajaran tambahan," katanya.

Bagi Amirah Rasyiqah pula, kedudukan sebagai anak sulung dalam keluarga menguatkan azamnya untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

"Sebagai anak sulung, saya perlu jadi contoh terbaik kepada adik-adik. Saya amat teruja kerana dapat menggembirakan mereka termasuk ibu bapa. Inilah hadiah istimewa untuk mereka," katanya.

Terengganu catat keputusan terbaik keseluruhan

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 yang dikeluarkan semalam, mencatat peningkatan dari segi bilangan calon yang memperoleh 5A dan lulus semua mata pelajaran.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang berpuas hati dengan prestasi calon UPSR tahun ini, berkata keputusan itu mencerminkan kejayaan program melahirkan modal insan yang diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).


"Saya berharap pencapaian ini akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kementeriannya di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang; Setiausaha Parlimen, P Komala Dewi dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Keputusan UPSR 2007 diperoleh calon di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi semalam. Bagaimanapun, analisis keputusan dan peratusan kelulusan serta senarai pelajar cemerlang akan diumumkan hari ini


UTUSAN

Sekolah Seri Ampang hasilkan 25 murid terbaik

IPOH 15 Nov. – Sekolah Kebangsaan Seri Ampang di sini menjadi salah sebuah sekolah terbaik di negeri Perak apabila 25 calon sekolah itu mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Sekolah itu mengulangi kejayaan tersebut apabila 24 calonnya telah memperoleh pencapaian 5A pada tahun lalu.

Jurucakap sekolah itu berkata, sebanyak 123 calon telah menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

‘‘Kejayaan mengulangi kecemerlangan ini berkat usaha bersungguh-sungguh guru dalam memastikan murid mendapat kejayaan yang membanggakan sekolah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa murid yang mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR menyifatkan kejayaan itu berkat usaha bersungguh-sungguh di samping mendapat tunjuk ajar daripada guru dan sokongan ibu bapa.

Anak tukang sapu catat 5A

KUANTAN 15 Nov. – Kegigihan ibunya yang hanya bekerja sebagai tukang sapu di sekolahnya, tidak menghalang Mohamad Syahir Ishak mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 yang diumumkan di seluruh negara hari ini.

Malah, Mohamad Syahir sedikitpun tidak malu atau terjejas tumpuan untuk belajar hanya kerana keluarganya miskin dan ibunya pula menjadi tukang sapu di tempatnya belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur di sini.

Bagi murid itu yang kematian bapanya yang menjadi nelayan kira-kira empat tahun lepas, kegigihan ibunya untuk memastikan dia bersekolah, menguatkan azamnya untuk membela nasib ibunya itu.

‘‘Saya kasihan tengok emak, terpaksa kerja sapu sampah di sekolah sebab ayah dah meninggal dunia empat tahun lalu. Saya nak bela nasib emak dan belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang bercita-cita menjadi jurutera ketika ditemui di sekolahnya itu, hari ini.

Bahkan, anak bongsu daripada enam beradik ini yang mendapat program bantuan rancangan makanan tambahan sekolah mahu mengikuti jejak empat abang dan kakaknya yang sudah ke menara gading.

Ibunya, Halimah Yatim, 48, berkata, dia sememangnya menaruh harapan tinggi agar anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan selama ini, sering memantau pelajaran anak bongsunya itu.

‘‘Anak bongsu saya faham dengan keadaan saya dan terpaksa terima hakikat ibunya bekerja sebagai tukang sapu di sekolahnya,” katanya yang bersyukur di atas kejayaan anaknya itu.

Selain Mohamad Syahir, lima lagi murid di sekolah itu turut memperoleh 5A dan tiga orang (4A 1B) daripada seramai 116 calon yang kebanyakannya anak nelayan.

Seorang lagi murid yang mendapat 5A, Ana Nasuha Kamarudin dari SK Mat Kilau di sini, berasa gembira dan puas hati kerana mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan itu.

‘‘Saya banyak belajar ikut guru dan juga membaca A-Kelas (sisipan pendidikan Utusan Malaysia) untuk tambah pengetahuan dan tingkatkan kemahiran,” kata anak kedua daripada empat beradik ini.

Sementara itu di Pulau Pinang, pasangan adik-beradik yang dilahirkan selang 10 bulan, Al Afiq Aufa Yeong dan Al Haziq ketika ditemui menyatakan rasa kegembiraan mereka apabila berjaya mendapat keputusan 5A.

Anak peniaga kedai kopi itu mengatakan mereka sudah melakukan yang terbaik dan berharap dapat membuka sebuah perniagaan satu hari nanti.

Anak pemandu lori antara terbaik

MARANG 15 Nov. – Seorang anak yatim dan seorang anak pemandu lori merupakan antara lapan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gondang di sini yang mencapai keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Imahawa Abdul Razak dan Nurul Fatihah Ngah masing-masing berumur 12 tahun dari Kampung Sungai Serai di sini berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatat keputusan cemerlang kerana didorong oleh kesusahan keluarga masing-masing.

Kedua-duanya menyatakan kejayaan yang dicapai itu merupakan ‘hadiah’ buat ibu dan guru-guru serta diri mereka sendiri.

Imahawa yang merupakan anak kedua daripada enam beradik berkata, ibunya, Salemah Ismail, 39, menjadi pendorong utama untuk dia mencapai kejayaan dalam pelajaran selepas melihat kesusahan ibu menyara kehidupan mereka sekeluarga.

‘‘Ibu bekerja sebagai pembantu kantin dengan pendapatan RM300 sebulan selepas ayah, Abdul Razak Hasan meninggal dunia akibat demam empat tahun lalu ketika berumur 40 tahun,” katanya ketika ditemui di SK Godang hari ini.

Imahawa yang menaiki basikal sejauh kira- kira dua kilometer untuk ke sekolah setiap hari memberitahu, dia memperuntukkan masa hampir tiga jam sehari mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah selepas pulang dari sekolah.

‘‘Saya juga melakukan ulang kaji secara berkumpulan kerana mendapati ia banyak membantu dalam memahami matapelajaran terutama Bahasa Inggeris,” ujarnya yang meminati Sains dan Matematik.

Sementara itu Nurul Fatihah pula berkata, kejayaan yang dicapainya dalam UPSR merupakan langkah pertama untuknya mengubah kehidupan dia sekeluarga.

‘‘Saya ingin menjadi seorang guru supaya dapat membantu ayah, Ngah Musa, 46, dan ibu Naimah Mat Nor, 36, tinggal di rumah yang lebih selesa,” katanya yang ke sekolah dengan berbekalkan wang RM1 setiap hari.

Kesempitan hidup tidak menghalang

TASEK GELUGOR 15 Nov. – Kesempitan hidup sebagai anak nelayan yang mempunyai tujuh adik-beradik tidak menghalang seorang murid, Siti Sarah Abdul Aziz, 12, untuk mencatatkan kejayaan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 yang diumumkan hari ini.

Siti Sarah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Jaya di sini yang merupakan Sekolah Model Khas Pulau Pinang sebaliknya menjadikan kesempitan hidup dan kegigihan ayahnya menyara keluarga sebagai pembakar semangat untuk memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan itu.

Menurutnya, dia bersyukur dan berasa puas dengan keputusan tersebut yang sekali gus membuktikan bahawa kekurangan hidupnya tidak sekali-kali menjejaskan pelajarannya.

‘‘Saya tengok bapa bekerja teruk setiap hari untuk menyara kami sekeluarga, maka ia mendorong semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah nasib keluarga pada masa depan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Siti Sarah merupakan seorang daripada 17 murid SK Permatang Tok Jaya Model Khas yang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR tahun ini


51 murid SK Convent Bukit Mertajam dapat 5A

BUKIT MERTAJAM 15 Nov. – Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam di sini, mencatatkan keputusan cemerlang apabila seramai 51 muridnya mencapai 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Guru Besar sekolah itu, Rosnah Omar berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan murid-murid untuk memastikan kesemua murid mencapai keputusan terbaik dalam setiap mata pelajaran.

Katanya, jumlah murid yang mendapat 5A tahun ini adalah yang teramai berbanding tahun sebelumnya, walaupun jumlah calon UPSR kali ini hanya 126 orang berbanding 143 orang tahun lepas.

‘‘Walaupun bilangan murid berkurangan berbanding tahun lepas tetapi kita dapati lebih ramai yang mendapat 5A tahun ini,” katanya.

Seorang murid cemerlang, Fatin Najiha Rahman, 12, berkata, dia berasa bangga dan lega kerana segala penat lelah mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi UPSR sebelum ini, ternyata berbaloi.

‘‘Ibu bapa saya meletakkan harapan tinggi supaya saya mendapat keputusan 5A dan hari ini harapan mereka itu telah saya tunaikan,” katanya yang juga ketua pengawas itu.

Rakannya, Hoe Viquin, 12, yang bercita-cita menjadi doktor berkata, rahsia kejayaannya ialah sentiasa konsisten dalam mengulang kaji pelajaran dan memberi tumpuan penuh kepada pelajaran dalam bilik darjah.

Bagi P. Nayanatara, 12, yang turut memperoleh 5A berkata, masa yang berkualiti untuk menelaah pelajaran adalah penting bagi memudahkan ingatan dan hafalan.

‘‘Saya biasanya tidur awal dan tidak belajar sehingga lewat malam tetapi memilih waktu sesuai pada waktu petang untuk mengulang kaji selama beberapa jam,” jelasnya.

Terdapat 16 murid sekolah tersebut memperoleh 4A dan 1B manakala sekolah itu mencatatkan kelulusan sebanyak 92.9 peratus.

Seorang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Jaya, Model Khas, Fadilah Abdul Rahim, 12, berkata, kehilangan ayah tersayang, Abdul Rahim Zakaria, 50, pada Mac tahun lepas tidak mematahkan semangatnya untuk mencapai keputusan 5A dalam UPSR.

Menurutnya, bagaimanapun dia berasa sedih kerana tidak dapat meraikan kejayaan tersebut bersama ayahnya.

Ibunya, Asiah Abdul Halim, 49, berkata, anak bongsunya itu pada mulanya mengalami kemurungan dan tidak mahu belajar di sekolah tersebut selepas kematian ayahnya.

‘‘Tetapi selepas berkali-kali dipujuk oleh saya dan guru-guru maka dia mula mengumpulkan semula semangat dan Alhamdulillah, dia dapat mengatasi perasaan sedihnya dengan belajar bersungguh-sungguh,” katanya.


Al-Quran, Yasin amalan Noraidah cemerlang UPSR

Oleh SOPI SAMAILE

JOHOR BAHRU 15 Nov. – Kesusahan hidup sebagai seorang anak pemandu lori tidak menghalangnya untuk mencapai keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) malah beliau bercita-cita untuk menjadi doktor pada suatu hari nanti agar boleh menyembuh penyakit barah usus yang dialami ayahnya ketika ini.

Walaupun menyedari perjalanannya untuk mengejar cita-citanya itu masih panjang, namun Noraidah Khamis bertekad mahu lebih berjaya pada masa akan datang malah ingin menjadi kebanggaan ayahnya Khamis Mohd. Yassin, 49, yang banyak memberi sokongan kepada murid itu.

Anak bongsu daripada tiga beradik dari Sekolah Kebangsaan Taman Daya (SKTD) di sini memberitahu, tiada sebarang petua yang diamalkannya untuk memperoleh kejayaan pada hari ini tetapi dia suka membaca al-Quran dan surah Yasin dalam menguatkan keyakinan untuk berjaya dalam pelajaran.

Selain itu, katanya, sokongan daripada keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam kejayaannya kerana mereka merupakan sumber inspirasi untuk dia mencapai cita-cita.

‘‘Ayah sentiasa memberi sokongan walaupun dia dalam keadaan yang kurang sihat malah menggalakkan saya mengamalkan membaca al-Quran dan surah Yassin akan saya pegang sampai bila-bila,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noraidah menambah, faktor lain yang membolehkannya mencapai kejayaan itu dan tidak kurang pentingnya adalah tumpuan 100 peratus di dalam kelas sewaktu pengajaran berlangsung dan mendapatkan input menerusi kelas tambahan.

Katanya, sewaktu di rumah pula, dia mendisiplinkan diri untuk mengulang kaji pelajaran selama dua jam sehari dengan memberi lebih tumpuan kepada subjek yang lemah khususnya matematik.

Sementara itu, ayahnya, Khamis memberitahu, beliau memang menggalakkan anaknya itu menjadikan pembacaan al- Quran dan surah Yassin sebagai kekuatan diri dalam memperoleh ilmu pengetahuan.

‘‘Saya berbangga dengannya walaupun sebelum dia menduduki peperiksaan saya telah dimasukkan ke hospital tetapi saya nasihatkannya supaya buat yang terbaik.

‘‘Dia seorang yang tabah dan dapat mengatasi segala cabaran yang dihadapi dan ia adalah hasil kekuatan yang diperoleh daripada amalannya membaca al-Quran dan surah Yassin,” katanya.

Berbeza pula dengan seorang lagi murid yang memperoleh 5A di sekolah yang sama, Nicole Dinesha Pathmanathan, 12, menjadikan hobinya mendengar koleksi lagu penyanyi Uji Rashid sebagai langkahnya memperbaiki diri dalam penguasaan Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, perkara paling penting adalah menumpukan perhatian ketika guru mengajar manakala mendengar lagu-lagu bahasa Melayu adalah sebagai alat tambahan yang membantu memantapkan diri dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

‘‘Sebelum ini, penguasaan Bahasa Malaysia agak lemah tetapi saya mengambil inisiatif dengan mendengar lagu-lagu penyanyi Uji Rashid sebagai usaha meningkatkan pemahaman dalam bahasa tersebut.

‘‘Pemahaman saya semakin kukuh memandangkan penggunaan lirik dalam lagu tersebut adalah mudah, indah malah terdapat lagu berlirikkan rangkap pantun, maka lebih mudah difahami,” katanya.

Sementara itu, seorang murid Sekolah Kebangsaan Convent Johor Bahru, Hajar Najihah Mohd. Yusof, 12, memberitahu, kejayaannya memperoleh 5A dalam UPSR disebabkan dia tidak segan atau malu untuk bertanya dengan guru sekiranya kurang faham berhubung sesuatu mata pelajaran.

Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, berkongsi ilmu dengan rakan-rakan juga satu cara beliau memahami sesuatu mata pelajaran kerana perkongsian seumpama itu ternyata terbukti apabila rakan-rakan yang lain turut cemerlang dalam UPSR kali ini.

‘‘Saya juga belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan, mengulang kaji pelajaran selama tiga jam setiap hari dan menyertai kelas tuisyen,” ujarnya.


314 murid 5A di Baling dapat basikal

BALING 15 Nov. – Seramai 314 murid di kawasan Parlimen Baling yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini, masing-masingnya bakal menerima ganjaran sebuah basikal.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya akan menyediakan ganjaran berupa sebuah basikal kepada setiap murid yang memperoleh kejayaan berkenaan sebagai dorongan kepada mereka untuk terus mencatatkan kecemerlangan dalam pelajaran.

Beliau berkata, ganjaran itu adalah sebagai menunaikan janjinya yang menawarkan hadiah berupa sebuah basikal kepada mana-mana murid di daerah itu yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam UPSR.

‘‘Kita berbangga dengan kejayaan itu dan tetap akan menunaikan janji untuk menggalakkan mereka berusaha lebih gigih lagi dalam pelajaran,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, setiap tahun Abdul Azeez turun ke setiap sekolah di kawasan Parlimen Baling bagi memberi motivasi bagi menggalakkan murid berusaha lebih gigih termasuk menjanjikan ganjaran sebuah basikal.

Menurut Abdul Azeez, pihaknya berbangga kerana apabila tawaran tersebut dimulakan pada tahun 1998, hanya 75 murid sahaja yang mendapat hadiah berupa basikal tetapi kini bilangan murid yang berjaya meningkat setiap tahun.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil usaha Jawatankuasa Kecil Peningkatan UPSR Parlimen Baling yang dibentuk sejak tahun 1998.

Abdul Azeez yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Baling berkata, ganjaran berupa basikal adalah ideanya bagi menggalakkan murid terbabit berusaha gigih sehingga berjaya dalam pelajaran.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut berharap dengan adanya ganjaran basikal tersebut, ia akan memberi dorongan khususnya, kepada pelajar miskin untuk berusaha lebih gigih tanpa menjadikan kemiskinan satu halangan.





SK Kok Lanas sekolah luar bandar terbaik

KOTA BHARU 15 Nov. – Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Lanas muncul sebagai sekolah luar bandar terbaik bagi jajahan ini dengan 44 muridnya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Pencapaian sekolah yang mengemukakan 245 calon itu meningkat daripada 34 orang sebelum ini dan sekaligus turut membantu melonjakkan pencapaian keseluruhan kepada 65.7 peratus berbanding 51.9 peratus pada tahun lalu.

Penolong Pegawai Pelajaran (Pengurusan Sekolah) PPD Kota Bharu, Mohd. Ezani Awang berkata, ia meletakkan sekolah itu di kalangan 10 sekolah rendah terbaik dalam kendalian PPD Kota Bharu.

Katanya, sejumlah 1,685 calon dari 95 buah sekolah rendah mencatatkan keputusan 5A.

Sekolah yang mencatatkan keputusan teramai mendapat 5A ialah SK Zainab (1) (83 orang), diikuti SK Datuk Hashim 1 (56 orang), SK Islah (55 orang), SK Sultan Ismail 1 (49 orang), SK Kubang Kerian (3)(46 orang).

‘‘Juga SK Kok Lanas (44 orang), SK Zainab (2), (43 orang), SK Seri Ketereh (42 orang), SK Sering (41 orang) dan SK Padang Garong (1) (41 orang),” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan UPSR kepada 83 murid cemerlang di SK Zainab (1) di sini hari ini.

Empat buah sekolah terbaik dalam pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) ialah SK Zainab (1) (97 peratus), SK Zainab (2) (93 peratus), SK Seri Ketereh (90 peratus), SK Sultan Ismail (1) 89.2 peratus),” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Kok Lanas, Mohd. Pauzi Yusof berkata, pencapaian itu merupakan yang tertinggi dan ia hasil komitmen semua pihak yang ingin tahap pendidikan anak-anak ditingkatkan.

Beliau percaya pencapaian itu diperoleh berikutan pelaksanaan pelbagai projek kecemerlangan termasuk kelas tambahan yang dimulakan sejak murid berada di tahun lima lagi.

‘‘Program ‘Golden Holidays’ melibatkan ulang kaji pelajaran semasa cuti sekolah sepanjang masa sebelum peperiksaan banyak membantu murid terlibat untuk mencapai kecemerlangan itu,” katanya ketika ditemui.




Miskin tidak halang Najihah cemerlang UPSR

JASIN 15 Nov. – Menjalani kehidupan sebagai pelajar dalam serba kekurangan bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi bapa tidak berupaya untuk bekerja menampung keperluan keluarga.

Namun Najihah Abd Rahman dari Kampung Pulai, Merlimau dekat sini, telah berjaya membuktikan kemiskinan bukanlah batu penghalang dirinya untuk meraih keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

‘‘Saya sedar keluarga miskin, oleh itu, saya jadikan pelajaran sebagai jalan untuk keluar daripada kemiskinan ini,” kata pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam itu ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Najihah, anak sulung kepada pasangan Abd Rahman Said, 51, dan Salida Zakaria, 32, adalah seorang daripada enam pelajar SK Serkam yang mendapat keputusan A dalam semua subjek iaitu Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Menurut ibunya, Salida, kesusahan keluarga sentiasa dijadikan teladan untuk memajukan diri bagi Najihah.

‘‘Bapa tidak boleh bekerja atas sebab-sebab kesihatan dan saya pula hanya menjual makanan ringan kepada pelajar di sebuah sekolah berhampiran.

‘‘Hanya bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang menyara kehidupan kami sekeluarga,” ujarnya yang kini tinggal di rumah pusaka mertuanya.

Menceritakan mengenai pembelajaran Najihah, menurut Salida, anaknya itu telah mula menunjukkan penguasaan tinggi dalam bidang pelajaran sejak darjah satu lagi.

‘‘Setiap kali peperiksaan, Najihah akan mendapat keputusan yang baik walaupun kami tidak mampu menghantarnya ke kelas tuisyen.

‘‘Bersyukurlah kerana ada pihak yang membantu terutamanya guru sekolah yang sudi membantu pembelajaran Najihah,”katanya.

Sementara itu, Najihah yang bercita-cita untuk menjadi doktor atau jurutera berhasrat ingin melanjutkan pengajiannya ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.

‘‘Saya juga harap dapat menjadi contoh kepada lima adik-adik yang lain agar berjaya di masa depan kelak,” katanya dalam nada bersemangat.


38 murid SK Tapang dapat 5A

KOTA BHARU 15 Nov. – Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, di sini yang berusia 50 tahun mencipta sejarah sendiri apabila mencatat jumlah teramai murid cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Seramai 38 calonnya mendapat 5A berbanding 27 pelajar tahun lepas dan warga pendidiknya menyifatkan ia pencapaian paling menggembirakan dan hadiah daripada pelajar buat mereka.

Guru Besarnya, Aishah Mohd.,51, memberitahu, seramai 29 calon mendapat 4A, 3A (22 orang), 2A (27 orang) dan 1A (25 orang) dengan peratus lulus keseluruhan sebanyak 80.8 peratus.

Katanya, daripada keseluruhan 198 orang calon, 106 orang mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (kefahaman), 137 orang (Bahasa Malaysia Penulisan), 82 orang (Matematik) dan 86 orang (Sains).

‘‘Ia berkat dari semangat kerjasama berkumpulan di antara guru dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam memastikan program tersebut berjalan lancar terutamanya melibatkan murid yang menduduki UPSR 2007,” katanya semasa berucap meraikan kejayaan UPSR di sini hari ini.

Beliau yang baru 11 bulan menjadi Guru Besar di sekolah itu yakin kejayaan tersebut dicapai berikutan perlaksanaan tiga program terbesar iaitu motivasi, skuad gemilang dan sistem ulang peperiksaan.

‘‘Sasaran kita mahu menaikkan gred di kalangan murid pertengahan yang kebanyakannya berada di tahap sederhana terutama dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains.

‘‘Kita memberikan penekanan dalam kedua-dua subjek ini pada setiap ujian selain memberikan sedikit ganjaran berupa wang untuk lompatan saujana,” ujarnya.

Murid-murid juga katanya, menyertai skuad gemilang pada tahun enam sebagai lanjutan skuad harapan semasa di tahun lima dan skuad bimbingan yang dimulakan pada tahun empat.

Aishah yang juga ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006, Siti Fatimah Mukhtar berkata, dia akan menggunakan ramuan kejayaan anaknya untuk sesi pembelajaran kira-kira 1,027 murid-murid di sekolah itu pada tahun depan.





Rahsia tiga sahabat dapat 5A


(DARI kanan) Azrin Azmira Abdul Rahim, Fazliyana Abidin dan Ain Shafeqa Mohd. Yunus, melihat keputusan masing-masing di Sekolah Kebangsaan Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

44 murid sekolah luar bandar dapat 5A

KOTA BHARU 15 Nov. – Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Lanas muncul sebagai sekolah luar bandar bandar terbaik bagi jajahan ini dengan 44 muridnya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Pencapaian sekolah yang mengemukakan 245 calon itu meningkat daripada 34 orang sebelum ini dan sekaligus turut membantu melonjakkan pencapaian keseluruhan kepada 65.7 peratus berbanding 51.9 peratus pada tahun lalu.

Penolong Pegawai Pelajaran (Pengurusan Sekolah) PPD Kota Bharu, Mohd. Ezani Awang berkata, ia meletakkan sekolah itu di kalangan 10 sekolah rendah terbaik dalam kendalian PPD Kota Bharu.

Katanya, sejumlah 1,685 calon dari 95 buah sekolah rendah mencatatkan keputusan 5A.

Sekolah yang mencatatkan keputusan teramai mendapat 5A ialah SK Zainab (1) (83 orang), diikuti SK Datuk Hashim 1 ( 56 orang), SK Islah (55 orang), SK Sultan Ismail 1 (49 orang), SK Kubang Kerian (3)(46 orang).

‘‘Juga SK Kok Lanas (44 orang), SK Zainab (2), (43 orang), SK Seri Ketereh (42 orang), SK Sering (41 orang) dan SK Padang Garong (1) (41 orang),” katanya semasa berucap di Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan UPSR kepada 83 murid cemerlang di SK Zainab (1) di sini hari ini.



Empat buah sekolah terbaik dalam pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) ialah SK Zainab (1) (97 peratus), SK Zainab (2) ( 93 peratus), SK Seri Ketereh (90 peratus), SK Sultan Ismail (1) 89.2 peratus),” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Kok Lanas, Mohd. Pauzi Yusof berkata, pencapaian itu merupakan yang tertinggi dan ia hasil komitmen semua pihak yang ingin tahap pendidikan anak-anak ditingkatkan.

Beliau percaya pencapaian itu diperoleh berikutan pelaksanaan pelbagai projek kecemerlangan termasuk kelas tambahan yang dimulakan sejak murid berada di tahun lima lagi.

‘‘Program ‘Golden Holidays’ melibatkan ulangkaji pelajaran semasa cuti sekolah sepanjang masa sebelum peperiksaan banyak membantu murid terlibat untuk mencapai kecemerlangan itu,” katanya ketika ditemui.




SEREMBAN 15 Nov. – Mengamalkan teknik belajar secara berkumpulan dan memperbanyakkan bacaan al-Quran dan doa adalah rahsia tiga rakan baik dari Sekolah Kebangsaan Senawang di sini mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Murid terbabit, Ain Shafeqa Mohd. Yunus, Fazliyana Abidin dan Azrin Azmira Abdul Rahim adalah antara 28 pelajar sekolah itu yang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR yang diumumkan hari ini.

Apa yang menarik, mereka merupakan murid yang mendapat bantuan tambahan menerusi Rancangan Makanan Tambahan serta Skim Baucer Tuisyen.

Bagi Ain Shafeqa, anak seorang pengawal keselamatan, dia tidak menyangka akan mendapat keputusan sebaik itu kerana dalam peperiksaan percubaan dia hanya mendapat 3A dan 2B.

“Sejak itu, saya meningkatkan tumpuan terhadap subjek yang mendapat B dengan tidak melupakan amalan memperbanyakkan membaca al-Quran dan berdoa.

“Alhamdulillah berkat usaha dan doa ibu bapa serta bimbingan yang diberikan oleh para guru sekolah ini, saya berjaya memperoleh keputusan sebaik ini,” katanya yang masih belum memaklumkan keputusan itu kepada ibu bapanya kerana ingin memberi kejutan kepada mereka.

Sementara itu, anak pekerja kilang, Fazliyana tidak pernah menjadikan kesusahan keluarganya sebagai penghalang untuk dia belajar dengan lebih tekun dan cemerlang.

Anak ketiga daripada enam beradik yang bercita-cita untuk menjadi doktor berhasrat menjadikan kejayaannya itu sebagai pencetus kepada tiga lagi adiknya untuk sama-sama berjaya dalam pelajaran kelak.

“Saya tahu saya bukannya datang daripada keluarga senang, saya harap kejayaan ini akan dapat menguatkan lagi semangat saya untuk belajar dengan lebih tekun pada masa hadapan,” katanya yang ditemani oleh ibunya, Naswah Ibrahim, 39.

Dalam pada itu, Azrin Azmira, anak kesembilan daripada 10 adik-beradik, berkata, kejayaan abang dan kakaknya merupakan antara peranan utama atas kejayaannya itu selain hasil bimbingan guru dan doa kedua-dua ibu bapanya.

Pencapaian adik-beradik Azrin amat cemerlang. Dua daripadanya bertugas sebagai doktor perubatan, dua jurutera kapal, tiga sedang melanjutkan pelajaran di universiti dengan seorang daripadanya berada dalam tahun akhir jurusan perubatan dan seorang lagi belajar di sekolah berasrama penuh.

“Adik-beradik saya selalu memberi semangat, bimbingan dan perangsang kepada saya,” kata anak pesara Felda itu.

Thursday, November 15, 2007

Sekitar Pengumuman UPSR 2007 SK FELDA Ulu Penggeli

Sekitar Pengumuman UPSR
SK FELDA ULU PENGGELI


Alhamdulillah :
10 Orang Calon UPSR 2007 Mendapat 5 A.


SEKALUNG TAHNIAH BUAT
WIRA DAN SRIKANDI SKUP

Muhammad Nurrazin Katiman
Muhammad Amin Rosnan
Nazri Nasir
Muhammad FaiszanMohd Tahir
Siti Hajar Ateka Ismail
Nurul Amira Natasha Paiman
Nur Fateha Muhd Asfar
Noraina Bidin
Saidatun Akma Ruslan
Mashidayu Ibrahim


Impian Telah Menjadi Kenyataan
5A Telah Menjadi Milik Kami



Kejayaan Ini Kami Hadiahkan
Buatmu Ayah, Bonda Dan Guru

Gemilang Milik Kita Bersama

Alhamdulillah Kami Bersyukur Di Atas Kejayaan Ini


Aspirasi....................... gemilang, milik kita bersama


Tahniah.........


Terima Kasih Cikgu






Semoga Ianya Menjadi Impian Yang Bakalku
Tunaikan Untuk Masa Depan




Warga SKUP 2007


Pn Saadah (HEM), Ustazah Ummi Nazra, Pn Rusimah
Pn Hawa, Pn Hjh Norafidah






Kanku Abadikan Kenangan Manis Ini Sepanjang
Hayat.............


Insya Allah Budimu Guru Tetap Akan kami Kenang


Kami Warga SK Felda Ulu Penggeli
Merafakkan Kesyukuran Kepada Allah
Di Atas Kejayaan Yang Telah Dicapai Ini.
Semoga Allah Memberikan Keberkatan
Di Atas Kejayan Gemilang Ini.

Terima Kasih Di Atas Semua Pihak
Yang Telah Berusaha Bagi
Menjadikan Kejayaan Ini
Sebagai Satu Kenyataan

Guru Besar
SK Felda Ulu Penggeli
Kluang, Johor

Monday, November 12, 2007

Wednesday, October 10, 2007

Malaysia Ke Angkasa Lepas

Dari laman hairidaud.wordpress.com / hairidaud.com

Saya juga turut sama dengan berjuta-juta peminat Dr Sheikh Muszaphar mengucapkan TAHNIAH & SYABAS atas kejayaan beliau sebagai orang Malaysia pertama dan merupakan orang Islam ke-9 menawan awan angkasa. Dahulu tiada siapa yang berani bercita-cita untuk menjadi angkasawan tetapi roh semangat Dr Sheikh Muszaphar menjadi Angkasawan pertama Malaysia telah membakar 700 ribu kanak-kanak Malaysia untuk mengikut jejak langkah beliau termasuk adik saya sendiri (Peminat setia beliau).

” Untuk menjadi ANGKASAWAN bukan perkara yang aneh” - Dr Sheikh Muszaphar

Nama: Dr Sheikh Muszaphar Shukor AL MASRIE BIN Sheikh Mustapha
Tarikh Lahir :27 JULAI 1972
Pendidikan: Kasturba Medical College,Manipal,India. Kini berada di tahun akhir kursus sarjana dalam bidang Pembedahan Ortopedik di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM)
Merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-beradik.
Pekerjaan:doktor,model,pemilik restoran rebung bersama chef ismail
Status : bujang…hmm.. cuba teliti betul2 ayat ini…”I am ready to give my full commitment, my heart and soul to be the first Malaysian in space,” said Sheikh Muszaphar, a hospital medical officer who added that his girlfriend is willing to wait for him to fulfill his dream.”It is a sacrifice that we both have to make, and I thank her for being so understanding.


Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St Paul, Seremban, sebelum melanjutkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Muar hingga Tingkatan Lima.Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Kasturba Medical College (KMC), Manipal, India, dalam A-Level dan ijazah pertama MBBS dan membuat sarjana dalam bidang ortopedik di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).Dr Sheikh Muszaphar kini bertugas sebagai pegawai perubatan di HUKM sejak tahun lalu selepas berkhidmat di Hospital Seremban pada 1998, Hospital Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).Sebelum menyertai proses pemilihan angkasawan ini, beliau sudah dikenali sebagai model bagi iklan komersial dan pernah menjadi penghias muka depan beberapa majalah tempatan.Selain itu, Dr Muszaphar rakan niaga chef selebriti, Chef Ismail yang mempunyai restoran yang dikenali sebagai Rebung di Bangsar Park. Aktif dalam sukan lasak seperti menyelam skuba, terjun bungee, berakit, paragliding (paralayang), beliau juga pernah berenang bersama jerung putih.Beliau aktif dalam kerja kebajikan dan pernah menjadi sukarelawan di Afghanistan dan Kemboja.


BAIKONUR (Kazakhstan) 10 Okt. - Malaysia membuka satu episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia).












MOSCOW 13 Okt. – Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang kini berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) telah memulakan sesi penyelidikan mikrob di angkasa.

Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, penyelidikan itu dilakukan sebaik sahaja roket Soyuz yang membawa Sheikh Muszaphar serta dua krew lain selamat mendarat di ISS pada pukul 6.50 petang semalam (10.50 malam waktu Malaysia).

‘‘Ia dimulakan dengan penyelidikan mikrob di angkasa dan kemudiannya mengenai sel di angkasa.

‘‘Pada hari ini, penyelidikan berhubung mikrob dan sel masih berterusan dan beliau akan berehat seketika sebelum menyambung semula tugas yang dipertanggungjawabkan itu,’’ katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Roket Soyuz TMA-11 kini berada pada jarak 350 kilometer dari Bumi. Ia bercantum selepas berada di orbit selama kira-kira 47 jam dan mengelilingi Bumi sebanyak 700 kali.

Rabu lalu, Malaysia mencatat sejarah apabila misi menghantar angkasawan pertama ke angkasa berjalan lancar dan selamat.

Sheikh Muszaphar akan berada di stesen itu selama sembilan hari sebelum pulang ke Bumi bersama angkasawan-angkasawan lain yang kini telah pun berada di ISS.

Di ISS, Sheikh Muszaphar akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.m

Mengulas lanjut, Zulkeffeli berkata, pada hari seterusnya, Sheikh Muszaphar akan memfokus kepada penyelidikan-penyelidikan lain seperti makanan di angkasa dan pengkristalan protein.

‘‘Beliau kini dalam keadaan yang baik. Pasukan penyelidik termasuk Kapten Dr. Faiz Khaleed akan membantu beliau melakukan penyelidikan melalui sistem komunikasi di Pusat Kawalan Misi (MCC),’’ tambahnya.

– Mingguan

MOSCOW: 'Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat Malaysia', itulah ungkapan pertama angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, sebaik kapal angkasa Soyuz TMA-11 berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), awal pagi tadi.

Berikutan percantuman Soyuz dengan ISS itu, Dr Sheikh Muszaphar mencipta satu lagi sejarah untuk diri dan negara menjadi rakyat Malaysia pertama bertapak di stesen angkasa.

Pada sidang media selama 10 minit antara Pusat Kawalan Misi (MCC) di sini dengan ISS yang sedang berlegar di ruang angkasa Russia, angkasawan pertama negara yang kelihatan segar dan bersemangat, juga mengucapkan salam kepada yang keluarga terutama ibu, Datin Zuraida Sheikh Ahmad dan ayahnya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor serta abangnya, Sheikh Ahmad yang turut berada di MCC.


Turut hadir pada majlis bersejarah itu, iaitu kali pertama warga Malaysia mengucapkan salam dan doa kepada seluruh rakyat daripada angkasa lepas ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; Pengarah Program Angkasawan Negara, Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, penyelidik, saintis dan wartawan Malaysia.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia untuk terus mendoakan supaya Allah memberi kekuatan kepadanya untuk melaksanakan misi negara dan penyelidikan yang dijalankan mencapai objektifnya.

Dr Zulkeffeli dalam taklimat media berkata, rentetan kepada peristiwa bersejarah itu bermula 90 minit sebelumnya, apabila Soyuz menghampiri ISS dan kedua-duanya dapat bercantum pada jam 6.52 petang waktu tempatan bersamaan dengan jam 10.52 malam tadi di Malaysia.




Muszaphar rakam cara solat di ISS

MOSCOW: Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha malam tadi mula merakamkan cara beliau beribadat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) mengikut panduan pelaksanaan ibadat di angkasa lepas yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Program Angkasawan Negara, Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, berkata dalam rakaman video itu, Sheikh Muszaphar menunjukkan cara beliau mengambil wuduk secara bertayamum dan kemudian bersolat dalam ISS.

"Proses ini bukan mudah, tetapi beliau tetap melakukannya untuk berkongsi dengan semua rakyat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jakim sebelum ini menerbitkan panduan mengerjakan ibadat dalam keadaan yang sukar di angkasa lepas.

ISS mengelilingi bumi 16 kali sehari yang mana ia berkehendakkan angkasawan mengerjakan 80 waktu solat sehari, tetapi sejajar dengan rukhsah (kemudahan) yang dibolehkan dalam Islam, angkasawan disaran menentukan waktu solat berdasarkan tempat berlepas iaitu Baikonur, Kazakhstan.

Mengikut panduan Jakim, antara cara yang boleh dilakukan untuk bersolat ialah mengikat tubuh pada bahagian tertentu kapal angkasa dan dalam keadaan statik itu angkasawan boleh bersolat.

Berikutan ketiadaan debu dalam ISS untuk bertayamum, angkasawan dibolehkan menepuk dinding, kerusi atau cermin dalam kapal angkasa, sementara untuk istinjak membersihkan hadas besar atau kecil dilakukan dengan menggunakan kertas tisu kering yang dibekalkan di ISS.

Selain beribadat, Dr Zulkeffeli berkata, angkasawan pertama negara juga perlu melaksanakan beberapa aktiviti sampingan lain yang juga penting. Ini termasuk, aktiviti simbolik sebagai tanda kenang-kenangan untuk diingati seluruh rakyat pada masa depan bahawa rakyat Malaysia sudah berada di ISS.

Katanya, antara yang perlu dilakukan Sheikh Muszaphar ialah mengambil video ikrar Rukun Negara yang dibacakannya di ISS. Skrol Rukun Negara itu kemudian akan dicap dengan tanda ISS, begitu juga dengan barangan simbolik lain seperti Jalur Gemilang, sampul surat dan lencana khas Program Angkasawan Negara.

"Semuanya akan dicap dengan mohor khas ISS. Semua barang kenangan berkenaan kemudian akan dipamerkan untuk tontonan umum di Planetarium Negara dan ia akan menjadi bukti bahawa kita (Malaysia) sudah ke sebuah stesen di angkasa lepas," katanya.

Jadual aktiviti angkasawan negara di ISS juga turut disibukkan lagi dengan perhubungan radio amatur dengan beberapa lokasi di Malaysia, termasuk dengan sekumpulan kakitangan dan pelajar di Planetarium Negara malam tadi.

Sheikh Muszaphar juga perlu melengkapkan beberapa soalan kaji selidik yang dibekalkan Agensi Angkasa Eropah (ESA) berhubung keadaan kesihatan beliau di ISS membabitkan komposisi tulang terutama bahagian belakang.

Sementara itu, gasing, sejenis alat permainan tradisional popular di Malaysia, semalam berputar ligat di ISS, secara simboliknya menggambarkan aspirasi rakyat yang tiada hentinya meneroka segenap kemungkinan untuk menjadi bangsa maju.

18-10-2007

Angkasawan kita selesai uji kaji

Dr Sheikh Muszaphar lakukan penyelidikan tanpa masalah, kesihatan dipantau MCC

pixKEADAAN kesihatan krew di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), termasuk angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sentiasa dipantau apabila mereka terdedah kepada pelbagai risiko sepanjang menjalankan misi di angkasa lepas.

Pengarah Program Angkasawan Negara, Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, berkata sepanjang di ISS angkasawan terdedah kepada radiasi dan mikrograviti yang akan memberi kesan terhadap sistem tubuh.

Katanya, angkasawan di ISS akan terdedah kepada radiasi yang bersamaan dengan membuat sinar-X sebanyak lima kali sehari di bumi.

"Selain boleh menyebabkan kanser, pendedahan kepada radiasi juga menyebabkan bilangan sperma subur seseorang juga merosot.

"Hasil pemantauan terhadap Dr Sheikh Muszaphar setakat ini, kita dapati keadaan kesihatan beliau adalah baik dan memuaskan sepanjang menjalani kehidupan sebagai angkasawan di ISS.

"Dia dapat tidur lapan jam sehari, dapat menyelesaikan urusan di tandas dengan selesa, tidak perlu mengambil ubat, walaupun beliau ada mengadu sakit belakang selepas tidur," katanya di sini, semalam.

Dr Zulkeffeli berkata, sistem perlindungan pasif dan aktif yang tersedia di ISS dapat menampung dan mengurangkan kesan radiasi yang dialami angkasawan.

Sistem perlindungan pasif yang tersedia di ISS terdiri daripada lapisan aluminium di bahagian luar ISS untuk membiaskan radiasi solar (matahari), baju angkasawan dan di bahagian dalaman, pembungkus makanan yang dibuat daripada bahan khas juga akan menyerap radiasi.

"Radiasi hanya memberi kesan kepada sel hidup, justeru tiada masalah untuk angkasawan memakan makanan di dalamnya," katanya sambil menambah bahagian yang paling terdedah dan kurang perlindungan kepada radiasi dalam ISS adalah kabin tidur angkasawan.

Mengenai sistem perlindungan aktif, beliau berkata, sistem komputer di pusat kawalan bumi di Pusat Kawalan Misi (MCC), Moscow akan sentiasa memantau kedudukan ISS dan menjangkakan bila akan berlaku letusan solar yang akan mengeluarkan paras radiasi lebih tinggi.

Carta yang dirumus di MCC akan dihantar ke ISS untuk mengubah sudut kedudukan bagi membolehkannya membias keluar sinar berbahaya, sekali gus melindunginya daripada pendedahan langsung kesan radiasi berpunca daripada aktiviti solar.

Dr Zulkeffeli berkata, persekitaran mikrograviti pula menyebabkan sistem cairan badan angkasawan cenderung untuk bertumpu kepada sesuatu bahagian saja.

"Justeru, angkasawan perlu sentiasa melaraskan kedudukan bagi membolehkan cairan badan seperti darah dan air dapat mengalir ke seluruh badan," katanya.

Katanya, pendedahan radiasi setiap krew ISS juga dipantau pusat kawalan di MCC, tetapi data berkenaan tidak diumumkan kerana ia dianggap sebagai rahsia peribadi setiap angkasawan.

Mengenai aktiviti angkasawan negara di ISS semalam, beliau berkata, angkasawan negara sudah menyelesaikan sebahagian besar uji kaji saintifik dan kini mengemas kini bahan dan modul untuk persediaan sebelum mendarat, mengambil video kehidupan di ISS termasuk mengerjakan solat dan meletakkan cap ISS pada semua barang simbolik dibawa.

"Menerusi perbualan kami dengan Dr Sheikh Muszaphar, beliau lebih senang bersolat secara duduk. Beliau tidak melakukannya secara berdiri kerana sukar melakukan beberapa rukun lain termasuk rukuk," katanya.
Permainan gasing di angkasa lepas adalah sebahagian daripada kajian fizik dikenali Platform Orbit Berputaran (TOP) yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bagi mendedahkannya kepada murid sekolah rendah terutama mengenai konsep kelajuan di angkasa bebas graviti.

Kajian mengenai gasing adalah sebahagian daripada pelbagai kegiatan uji kaji yang perlu dijalankan angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar sepanjang 10 hari di ISS.


19-10-2007
--------------------------------

Dr Sheikh Muszaphar buat persiapan pulang

KUALA LUMPUR: Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kini sibuk membuat persiapan untuk pulang ke bumi Ahad ini.

pixBeliau akan pulang bersama angkasawan Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov menggunakan kapsul Soyuz TMA-10 yang digunakan oleh Yurchikhin dan Kotov ketika ekspedisi ke-15 ke Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS) April lalu.

Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, berkata kapsul yang membawa mereka bertiga itu dijangka mendarat di kawasan Arkylk di Kazakhstan, 1,500km dari Moscow, Russia.

Pada masa sama, Dr Sheikh Muszaphar perlu mengekalkan berat badan pada kadar 82 kilogram, seperti sebelum beliau berlepas ke ISS 10 Oktober lalu.

"Jika ketika berada di ISS berat badannya didapati meningkat melebihi 82 kilogram, dia (Dr Sheikh Muszaphar dikehendaki menurunkan berat itu dengan melakukan senaman di bilik disediakan khas di ISS. Ia bagi memastikan kapsul Soyuz dinaikinya bersama dua angkasawan
lain nanti seimbang," katanya ketika
dihubungi di Moscow.

Dr Zulkeffeli berkata, beliau akan berlepas ke Qostanay, Kazakhstan, tidak jauh dari tempat kapsul itu mendarat nanti untuk membawa angkasawan Malaysia itu ke Moscow.

"Saya perlu berada di sana untuk memeriksa kesihatan Dr Sheikh Muszaphar.
Dia akan dibawa ke pusat perubatan sementara sebelum beredar ke lapangan terbang terdekat untuk pergi ke pusat latihan angkasawan Star City, Moscow," katanya.

Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan Malaysia itu dijangka mendarat pada jam 2.37 petang waktu Moscow (6.37 petang waktu Malaysia). Tempoh untuk membawa angkasawan Malaysia itu ke Moscow mengambil masa lapan jam daripada waktu Soyuz TMA-10 mendarat.

Katanya, antara persiapan pulang yang dilakukan Dr Sheikh Muszaphar, termasuk memindahkan kerusi khasnya ke dalam kapsul Soyuz serta melakukan penyenaraian peralatan yang bakal dibawa nanti.

Angkasawan Malaysia itu dibenarkan membawa peralatan seberat tujuh kilogram saja termasuk hasil penyelidikan dan barang persendirian.

"Sepatutnya dia dibenarkan membawa lima kilogram saja, tetapi selepas berbincang dengan Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), kita diberikan tambahan dua kilogram lagi," katanya.

Dr Sheikh Muszaphar turut menjalankan penyelidikan untuk ESA dalam bidang penyelidikan kesan mikro graviti terhadap bahagian belakang badan, persepsi pergerakan, daya ketahanan sebelum dan selepas penerbangan ke ISS serta kestabilan penglihatan dan badan.

Dua angkasawan yang berlepas bersama Dr Sheikh Muszaphar iaitu Komander Peggy Whitson dan Jurutera Penerbangan, Yuri Malenchenko akan menggantikan Yurchinkhin dan Kotov. - Bernama

19-10-2007
-----------------------------------------

Astronaut hopes more will take up space technology

By : Shamini Darshni

KUALA LUMPUR: The country's first man in space wants to see more Malaysians sharing a similar experience beyond the stars.

pixA beaming Dr Sheikh Muszaphar Shukor told Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi that he hoped that Malaysia would have the capability to one day build its own rocket.

"This is a new era for Malaysians. I also hope my experience will encourage more Malaysian students to take up space technology."

Dr Muszaphar was speaking with Abdullah via videoconferencing at Astro last night.

"I want to wish you Selamat Hari Raya and also on behalf of my wife and the people of Malaysia as I couldn't do it the other day due to transmission problems," said Abdullah.
The 15-minute videoconferencing saw Abdullah posing a number of questions to Dr Muszaphar with regard to his health, conditions on space and his experiments.

"Now that you are in the space station, do you feel that the training received in Russia was adequate or would you have wished for additional training?" asked Abdullah.

Dr Muszaphar said it was his seventh day in space and that the training in Russia was a big help in making his mission a success.

Abdullah wanted to know the progress of his experiments and Dr Muszaphar said the experiments he was conducting at the International Space Station were on schedule, and that scientists in Moscow would also be helping him.

Among the experiments is to grow liver cancer and leukaemia cells in microgravity. He will also perform two experiments on microbes and protein crystallisation in space, from which the results could be used to develop industrial applications.

To Abdullah's question on his working relationship with the other astronauts, Dr Muszaphar said that the Russian and American crew members were helpful.

"They believe Malaysians can become professional angkasawan," he said during the the 15-minute chat with Abdullah.

Dr Muszaphar also thanked Malaysians and read the Rukun Negara.

He also spun a Merdeka anniversary trinket bearing the Malaysian flag in mid air, much to Abdullah's amusement.

"Thank you-lah for bringing those things with you to remind you of being a Malaysian," Abdullah said, laughing.

Abdullah's wife, Datin Seri Jeanne Abdullah, was also present, and asked after the spaceman's diet and he said he was eating well and was healthy.


Sheikh Muszaphar menunjukkan bahan kajian ketika di dalam Sayuz TMA 11.
BH 19-10-2007

Great care when handling specimens

GREAT care will be taken to deliver the experiments to scientists when Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha lands on Sunday.

Everything from the packaging of the experiment kits to their transportation would be handled carefully, said head of
the Malaysian scientific delegation Dr A. Rahman A. Jamal.

"When Dr Muszaphar lands, our engineers will be on hand to receive the items at
the landing site in Kazakhstan, where they will be transported to Moscow to be
given to our scientists."

This step was a crucial stage of the experiments, Rahman said yesterday.

"The specimens and kits will be marked as 'urgent cargo' because their safe delivery is essential to ensure they are
not disturbed.

"The crystals in the 'Protein crystallisation in space' experiment, for instance, are br ittle and sensitive to changes in temperature and sudden jolts."

Angkasawan programme engineers will help scientists upon retrieval of the experiments.

"The packaging was designed to preserve the contents. Our research has been
made easier due to the engineers' help.

--------------------------------------------------------------------------------------

Utusan 21-10.2007

Sheikh Muszaphar kembali ke Bumi 6.37 petang ini

Daripada: METRA SYAHRIL MOHAMED

MOSCOW 20 Okt. – Esok, seluruh perhatian rakyat Malaysia akan tertumpu di Kazakhstan dan Rusia bagi mengikuti laporan kepulangan angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Bumi selepas berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari.

Adalah menjadi harapan semua agar cosmonaut negara itu selamat pulang ke Bumi bersama dua angkasawan lain iaitu Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov melalui kapsul Soyuz TMA-10.

Kesihatan beliau ketika ini dilaporkan stabil dan baik serta sudah pun melakukan persiapan untuk menanti detik berlepas pulang ke Bumi.

Segala penyelidikan yang diamanahkan juga telah dilaksanakan dengan sempurna namun ada dua lagi kajian iaitu pengkristalan protein, sel tulang dan sel radangan akan ditamatkan menjelang pukul 4 pagi esok waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia).

Penyelaras Sains Hayat program penyelidikan untuk Program Angkasawan Negara, Prof. Dr. A. Rahman A. Jamal berkata, Sheikh Muszaphar juga telah menyempurnakan penyelidikan hasil kerjasama Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Eksplorasi Angkasa Jepun (JAXA).

‘‘Kami, pasukan penyelidik termasuk pihak Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) dan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang memantau aktiviti Sheikh Muszaphar di ISS amat berpuas hati dengan pencapaian serta keupayaannya melakukan penyelidikan di angkasa.

‘‘Segalanya dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Sekalung tahniah untuk beliau,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

A. Rahman berkata, sebagai angkasawan muda, kemampuan beliau melaksanakan penyelidikan di ISS dengan jayanya amat mengagumkan.

Sementara itu, di Moscow ketika ini, delegasi Malaysia termasuk pasukan penyelidik, kejuruteraan aeroangkasa dan perubatan sudah pun bersedia untuk menyambut kepulangan Sheikh Muszaphar.

Kapsul Soyuz dijangka mendarat ke Bumi pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia).

"

Sheikh Muszaphar di dalam Sayuz TMA 11.




www.norhisham.com

Tips Mengulangkaji Hari Peperiksaan

Mengimarahkan Bulan Ramadan

::Cemerlang Di IPT ::

LinkWithin